Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menyerahkan wakalah zakat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM288,000 di dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena dengan persaraan Ketua Polis Negara, di sini, semalam.

Wakalah zakat tersebut diserahkan melalui replika cek oleh Pengerusi KPDRM, Dato’ Seri Ayub Yaakob kepada,Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara dan diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.

Penyerahan wakalah zakat perniagaan ini adalah buat pertama kali ini kepada PDRM dan ianya dilihat sebagai satu inisiatif KPDRM dalam menyumbang ‘hasil usaha yang baik’ yang telah diperolehi untuk disalur terus kepada warga PDRM yang layak.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Setiausaha KPDRM, Dato’ Rosli b. Hj Din, Ketua Pegawai Eksekutif KPDRM, En. Aminuddin Amenon, barisan pengurusan KPDRM, dan barisan pengarah-pengarah PDRM.