ABDUL FATTAH ABDULLAH (kiri) berucap sempena Persidangan Angkasa Zon 2 di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Koperasi di negara ini mempunyai kemampuan melaksanakan pelbagai projek yang diberi termasuklah dalam pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melalui pembentukan konsortium.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, gabungan pelbagai koperasi berkenaan akan dapat memberkasakan lagi modal dan kepakaran koperasi dalam merbut peluang dalam pelbagai projek.

“Kalau koperasi bergerak sendiri saya lihat tidak ke mana keranan mungkin tidak mampu melaksanakan projek yang melibatkan modal dan kepakaran.

“Jadi saya menyeru kopereasi supaya bergabung dengan mewujudkan konsortium yang bukan sahaja menggabungkan keahlian tetapi juga modal dan kepakaran seterusnya meningkatkan keyakinan pembiaya,” katanya dalam sidang akhbar sempenan Persidangan Angkasa Zon 2 di Dewan Tun Razak baru-baru ini.

Sebanyak 300 perwakilan dari daerah Temerlong, Jerantut, Bera dan Maran hadir dalam persidangan tahunan berkenaan.

Menurut Abdul Fattah, Angkasa bersedia menjadi pembimbing koperasi dalam melaksanakan pelbagai projek besar agar dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Justeru, katanya, beliau menaruh keyakinan konsortium koperasi yang mempunyai pelbagai kepakaran akan mampu melaksanakan kerja yang diberi dengan baik.

Tambahnya konsortium koperasi yang ditubuhkan pada masa ini seperti Konsortium Hartanah Negara dan Konsortium Koperasi Kariah Masjid telah menunjukkan kejayaan memberangsangkan dari semasa ke semasa.