MOHD SUFFIAN GHANI (duduk) bersama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Barisan Usahawan Berhad (KopBaris).

KOPERASI Barisan Usahawan Berhad (KopBaris) akan membuka 50 lagi klinik penyembuhan buah pinggang di seluruh negara dalam masa terdakat.

Pengerusinya, Mohd Sufian Ghani berkata, rancangan membuka klinik baharu itu berikutan permintaan orang ramai yang mahukan klinik penyembuhan buah pinggang berada berdekatan tempat tinggal mereka.

“Ramai pesakit buah pinggang telah pulih setelah menjalani rawatan rapi di beberapa klinik kami. Keberhasilan mereka sembuh telah menjadi tular ke seluruh negara.

“Berikutan ianya telah menjadi tular, ramai pesakit buah pinggang di beberapa tempat seluruh negara telah menghubungi kami dan meminta KopBaris membuka beberapa lagi cawangan berdekatan mereka,” katanya.

KopBaris sebelum ini sudah membuka 10 klinik penyembuhan buah pinggang sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, berdasarkan permintaan orang ramai itu, KopBaris tidak mahu menghampakan mereka dan akan terus membuka rangkaian klinik bagi membekalkan perubatan dan rawatan kepada orang ramai.

Kopbaris menawarkan rawatan buah pinggang menggunakan kaedah baharu dengan kos yang lebih murah.

Katanya, pesakit atau ahli keluarga yang menghidap sakit buah pinggang yang mahukan maklumat terperinci, boleh menghubungi Pengerusi KopBaris Berhad, Fabian Gan @ Mohd Sufian Ghani melalui talian 019-4595345.

KopBaris juga telah mengadakan seminar bertajuk ‘Buah Pinggang – Sistem Penapisan Sisa Badan Sepanjang Hayat’ pada 23 Februari tahun ini.

Seminar berkenaan mendapat sokongan padu Rejuvenate Wellness, Dr Kavitha serta penajaan bilik seminar oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bertempat di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor.

“Berdasar seminar berkenaan mendapat sambutan menggalakkan, KopBaris akan terus menganjurkan seminar sedemikian sepanjang tahun ini di beberapa lokasi di negara ini.

“Melalui seminar kesihatan ini, peserta mendapat kesedaran tentang kepentingan buah pinggang serta cara-cara untuk melindungi sistem penapisan badan ini,” katanya.

Selanjutnya, berdasarkan sambutan menggalakan untuk membuka rangkaian klinik baharu, KopBaris turut mengalu-alukan koperasi-koperasi khususnya di bawah Angkasa menyertai pembukaan klinik rawatan bagi membolehkan perkhidmatan ini dapat disalurkan dengan skala yang luas kepada rakyat.

Katanya, koperasi besar seperti Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), Koperasi Bank Rakyat dan juga koperasi induk, Angkasa) boleh menjalin kerjasama dengan kami dengan membuka cawangan klinik di tempat mereka ke arah membantu pesakit berdekatan.

Dalam perkembangan lain, KopBaris turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak 16 peratus kepada anggota koperasi berikutan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sasaran bagi 2019, 2020 dan 2021 akan datang dipastikan pada 12 peratus..

Selain itu, KopBaris juga merancang pembelian syer Bank Rakyat dengan peruntukan dianggarkan bernilai RM20juta.

Katanya, ini kerana keuntungan dividen purata Bank Rakyat adalah sekitar 15 peratus.