ABDUL Fattah (tiga kiri) beramah mesra bersama pengetua di Klang baru-baru ini.

“Koperasi SMK Subang Bestari Berhad memperoleh pendapatan tertinggi iaitu RM802,418 diikuti SMK Seri Puteri Berhad (RM701,358) dan SMK Bandar Baru Sungai Long (RM698,479).

“Tiga lagi koperasi iaitu Koperasi SMK Taman Jasmin 2 Berhad (RM650,794), SMK Jalan Tiga Berhad (RM515,617) dan Koperasi Sekolah Sultan Alam Shah Berhad (RM515,490). Semua sekolah itu merangkumi keseluruhan 2,406 koperasi sekolah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Dialog Pengetua-Pengetua Koperasi Sekolah Selangor 2019 (Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Perniagaan) di Klang hari ini.

Hadir sama Naib Presiden ANGKASA, Mohamad Azmi Omaruddin; Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah dan Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Selangor, Sazali Baharudin.

Abdul Fattah berkata, sehingga kini terdapat 276 koperasi sekolah di negeri itu membabitkan keahlian 268,204 orang.

“Jumlah aset bagi semua koperasi itu berjumlah RM42.8 juta dan menyumbang perolehan pendapatan RM41.6 juta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, pihaknya mensasarkan 50 koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan lebih RM1 juta tahun depan.

“Saya menasihatkan semua koperasi sekolah supaya mempelbagaikan jenis perniagaan dan tidak hanya tertumpu kepada pembekalan peralatan sekolah semata-mata seperti bidang peruncitan dan kantin sekolah,” katanya. – NSTP